Monday, May 31, 2010

Sumpah...aku rindu...huhuhuhu~ nak balik kg!!!!














sabar itu separuh dari iman.siapkan keje skolah.next week cuti!!yay!!

Saturday, May 22, 2010

Virus Video Lucah Kat Facebook

Benda ni memang buat aku rase sedikit annoying.

Ade kawan aku kate ni virus.Dari mana virus ni datang aku tak tau. Yang aku taw..org yang hantar video ni mmg tak akan sedar dia dah post benda alah ni kat wall org.Kira cam automatic la ni.Aku pun tak taw kalau 'aku' pun ade post benda alah ni kat wall korang.kalau ade..itu bukan aku.



klik utk tumbesaran yang sihat


Tadi pun dapat lagik.

Serabut sungguh.

Apa yang boleh aku buat...just click remove and delete.

Senang.

Tapi still annoying.

Mark Zuckerberg...sile ambil perhatian ye :D

Sunday, May 16, 2010

Strawberry Cheese Cake

Ataupun dalam bahasa melayunye Kek Keju Strawbery.

Yeah. Smalam adik aku kasik 2 paket buah strawberry. Manis tp tak mampu laa nak makan byk2..kembung perut nnt. Buah tu plak tak bley simpan lama²..nnt lebam. So, disebabkan hormon rajin sedikit byk dlm komposisi darah aku hari ni..maka...terkeluarlah cita² nak buat cheese kek. Slalu aku buat guna resepi chef wan...tp buku tu tertinggal kat ghanu..so...guna resepi chef aima jer laaa...hehehehe :P


So..ape lagi......

Here it go!!!!!!!!

Open Resepi !!

Bahan A
250gm Cream Cheese ( rm11 )
30gm buttercup
30gm gula kisar
3 biji kuning telur tak kisah gred ape.
esen vanilla


Bahan B
3 biji putih telur tak kisah gred ape
30 gram gula kisar


Bahan C
2 sudu teh tepung jagong
Buah stroberrys yg dipotong dadu


Bahan D
Biskut ape ape saje
Buttercup yang dicairkan


Bahan E
Buah stroberry yang dipotong dua.

Step 1:
1.Panaskan oven. Gunakan oven yang mempunyai api atas bawah.kalau tak,nnt cheese kek masak atas saje.
2.Sediakan loyang kek. Lapiskan dengan aluminium foil supaya nak tak mau kek lekat kat loyang.
3. Letakkan mangkuk air kat bahagian bwh.Panaskan dengan suhu 150 darjah celcius.
4. Dengan menggunakan Bahan D,hancurkan biskut apa² saja kegemaran anda didalam mangkuk. Ikut besar mana cheese kek yg anda nak buat. Kalau nak buat kek saiz standart, guna laaa satu pek biskut merry.cth biskut la. Hancurkan....pastu letak buttercup yg dicairkan.gaul sehingga boleh dikepal².
5.Kemudian, ratakan lebih kurang 1 cm tebal hancuran biskut tadi. Ni adalah based kepada cheese kek kita.Tekan kuat2 sampai rata dan padat.
6.Kemudian,masukkan loyang ini dalam oven.panaskan dlm masa 10-15 minit.

Step 2:
Dengan menggunakan mesin pengisar kek....kisar Bahan A kecuali telur sampai kembang.Ye.sampai kembang ye.Dah kembang, masukkan telur kuning satu persatu.Pastu kisar lagik sampai kembang.

Step 3:
Dengan menggunakan mesin pengisar yang telah dibersihkan, kisar Bahan B sehingga kembang.Ye..sehingga kembang dan genu okey.Nak tahu telur ni dah gebu atau tidak, bila mangkuk ditonggengkan, putih telur tu tak jatuh pown.Sila rujuk gmbr.Pastu, masukkan Bahan C . Kisar dgn perlahan sehingga stroberry tadi sedikit hancur halus.



Then, Masukkan bahan² dalam step 3 kedalam mangkuk utk bahan Step 2.Gaul dgn perlahan.

Kemudian masukkan kesemua bahan² tadi dlm loyang.Pastu letakkan stroberry yang dipotong dua diatas adunan kek tadi. Susun elok².

Pastu, tutup adunan td ngan aluminium foil dan masukkan dalam oven.Bakar selama 70 menet dgn suhu 170 darjah celcius.


Tunggu kek masak sambil menonton Nona. Chantek tul laaaa maya karin ni......:P

Note: Bila dah masak.Biarkan dalam oven utk seketika.Kek dah sejuk baru potong kay. Nak best lagik letak dlm peti sejuk :D

Kek siap!!! yummyy!!! lihat strawberry ditengah2 tu yang mencair. manis seh!!!

Selamat menchoba kawan²!!!!

Wednesday, May 12, 2010

Apa nak jadik ni???

Haih~

Apa nak jadik ni~

Lesen perjudian bola sempena Piala Dunia diluluskan???

Lesen judi diberikan kepada BERJAYA????????

Dah terang² judi ni haram..kenapa nak kasik lesen...itu namanya menggalakkan lagik aktiviti berjudi...apa nak jadik ni????

Alasan yg diberikan langsung tidak relevan..tidak kah boleh berpk secara rasional..??

Tak ada lesen pun dah ramai yang berjudi...inikan lagik bila dah ada lesen..lagik bertambahlah keruntuhan akhlak nnt~

Bayangkan kalau mungkin taruhan itu dijual di 7-11 .. senang sgt nak beli...dan juga..mostly jurujual/casher 7-11 adalah remaja & golongan melayu. diulang...melayu...maka...adakah halal hasil pendapatan itu??? renung2 kan dan selamat beramal~

Hanya sekadar luahan peribadi yang semestinya LANGSUNG tidak bersetuju dengan hal ini.

Rujukan dari sini.




Saturday, May 8, 2010

Spam !!!!!

Sungguh tak sangka....first time blog aku diserang spam comments!!!!

Banyak plak tu.!!!! cepat ku buat word verification for each comments!!! fuhh!!!

Suka bergurau jugak spam ni ngan aku ek.huh!




klik utk tumbesaran yang sehat.


Korang...ade cara tak camne nak block spam yg menyerang secara sms ?? serabut laaa...iklan air asia laa...iklan celcom laa....iklan maxis laaa....iklan suh beli ubat kuat laaa...iklan video hot laaa....penat taw bukak sms tp dpt yg ntah hape2 ni...huhuhu

 

Aim-A .. Happily Ever After :D. Design By: SkinCorner