Wednesday, October 19, 2011

Kenapa ...

Salam to all my readers ..

Lama btul saya tak menulis.Sejak pregnan ni nak bukak blog pun macam berat je..hahahaha..simptom ibu mengandung kot ( alasan je ni..sebelum pregnan pun mls update blog gak :P)

Lately ni kalau baca paper terutama nya Metro byk kisah² yg menusuk jiwe dan kalbu. Tidak paham zaman teknologi canggih ni masih ade lagi manusia yang berhati binatang. Latest adalah berita smalam dimana remaja 16 tahun sanggup kelar dan bunuh baby yang baru dilahirkan.Motif adalah keluarga kekasih tak sanggup terima anak luar nikah itu.Kenapa dibunuh?kenapa dikelar?Baby tu tak paham apa² pun.Rasa ngilu kat perut ni bila bayangkan baby yang tak berdosa dikelar sampai terkeluar isi perut.nauzubillah.Lebih kejam dari haiwan.

Beberapa minggu lepas lagi berita remaja campak baby dari tingkat 2 rumah sewa.Aduhai.Macam campak bangkai ayam aje.Itu manusia lah.manusia kecil yang masih tidak mengerti apa itu dunia.Sangat sadis bila baca berita macam ni.

Kenapa semua ni berlaku? Kurang didikan agama?Salah diri atau salah pentadbiran negara?

Pada sayalah...semua yang berlaku adalah berbalik kepada diri sendiri.Kenapa tidak berfikir sebelum 'menyerahkan' mahkota diri kepada kekasih yang kononnya sehidup semati tapi yang mati nya adalah baby yang tidak bersalah?Kenapa tidak berfikir?Sebab nafsu sudah menguasai diri untuk kesedapan dunia yang sementara.dari mana datangnya nafsu?Of cos lah dari diri sendiri..so..berbalik kepada diri sendiri jugalah faktor sebenarnya. Ada yang menyalahkan ibu bapa tak beri didikan agama yang secukupnya kepada anak²..Tapi ada juga remaja dari latar belakang keluarga yg bagus turut terjebak dlm hal ni. So..kenapa?

Kenapa dibunuh? kenapa tidak dihantar ke rumah kebajikan?Sebab dah tak dapat berpikir secara rasional.Bila nafsu mengusai hati..semua mati.

Ramai yang tidak ada anak diluar sana yang mahukan anak..tapi yang ada anak dibuang,dibunuh,dicampak dan ditinggalkan. Sungguh sedih.

Kepada yang membaca coretan saya yang tak seberapa ini dan ada hajat nak buang baby anda..atau nak bunuh baby anda .. fikir fikir kanlah azab yang akan anda terima di 'sana' nanti...dosa berzina lagik...dosa membunuh lagi...aduhai..banyaknya....kan lebih bagus anda kasik baby anda itu kepada pusat2 jagaan atau org perseorangan yang mahukan anak daripada anda bunuh dan buang.insaf dan fikir fikirkan lah menggunakan akal yang ada.anda mampu mengubahnya.

3 kumbang & bunga:

Masy said...

kalau dah buat satu dosa, jgn la tambah lg dosa lain. dah berzina, jgnlah bunuh anak pulak. ramai org yg kat luar sana yg sudi nk bela budak tu klu mak apaknye sendiri takmo huhuh

zonaku said...

haah.. ramai pasangan yang mahukan anak. bag je la. pegi klinik, then bagitau doktor n nurse yang awak x mampu nk bela baby tu.



siap ada orang akan bayarkan kos bersalin lagi tahu.

aim-a said...

kak baby:yer betul!!!
zona:betul tu.tak yah lah bunuh2 kan.

Post a Comment

letak komen yang besh besh je taw..:D

 

Aim-A .. Happily Ever After :D. Design By: SkinCorner